Thursday, June 30, 2016

MOK CIK LIJAH MENINGGAL

Assalamualaikum w.b.t

Semalam jam 2210 , mokcik Lijah telah kembali ke rahmatullah.
Moga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau . Ameen

Ps: haritu pokcik meninggal. Disusuli mokcik pulok

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُما وَارْحَمْهُما وَعَافِهِما وَاعْفُ عَنْهُما وَأَكْرِمْ نُزُلَهُما  وَوَسِعْ
 مَدْخلَهُما وَاغْسِلْهُما بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ
 الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِما ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِما وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِما ، وَأَدْخِلْهُما الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُما مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار
ثم آمين

Tuesday, June 28, 2016

Kawan sekolah

Harapnya before the flight to Egypt this two weeks sempat la jumpa kawan sekolah esp SRIQ.. 😞😞😞😞😓

Nanti dah stay sana bukan senang nak balik. 

Luahan perasaan tanpa noktah

SHANGHAI BUN. ROTI MANIS. ROTI BASIC. ROTI PIZZA.

Assalamualaikum w.b.t
Hehe. Masuk hari ni dah dua kali buat pizza... pizza bodo je..

Bahan2nya:
1 biji telur
220 ml air
1sk garam
3sb gula
3sb susu tepung
75g butter
¼sk bread softener
1sk bread improver
500g tepung roti/ high protein/ ros/ lili
11g yis

Campak semua bahan dalam breadmaker oven atau uli sehingga doh tak melekat di jari..

Boleh dekorasi spt yg kita nak..

Ni hanyalah roti putih BASIC sahaja..😊😊😊

Sunday, June 26, 2016

TARIKH FLY

Asslaamualaikum w.b.t
26.6.2016
Merupakan tarikh keramat bagi geng2 BANIN& BANAT YIK MESIR (PENGAJIAN ISLAM, ULUM ISLAMIAH, QIRAAT)

 APA YANG KERAMATNYA?
SEBAB US ANUAR DAH ANNOUNCE TARIKH FLY!!!

So in sha Allah there will be 3 flights. Which kitorang naik MAS and Turkish Airlines and will be transitted at ISTANBUL..hohoho..
ISTANBUL AKU DATANGGGG!

And the first flight is:
14JUL    KBRKUL    MH1427    0625/0725
14JUL    KULIST      TK63          1150/1750
15JUL    ISTCAI       TK692        0030/0255

The second flight is:
14JUL    KBRKUL    MH1389    1230/1330
     @
14JUL    KBRKUL    MH1397    1610/1710

14JUL    KULIST      TK61          2210/0410
15JUL    ISTCAI       TK690        0615/0835

And the last flight is:
15JUL    KBRKUL    MH1397    1610/1710
15JUL    KULIST      TK61          2210/0410
16JUL    ISTCAI       TK690        0615/0835

Hehe cuba teka i masuk group mana?
Pada awalnya terkilan gak dapat group last.. tapi think positive

Nasib baik la flight sekali ngan FN.. tak ke dedua haru kalau flight tak sama😭😭😭😭😭

Note to myself..
11 July Majlis Keraian & taklimat
13 July Hantar luggage pergi yik


Last flight pun last lahhh

Ps; best nya flight first .. boleh stay kat IST 5 hours. Hehe
I stay 2jam je.. kena ambik gambo bebanyak nih

Saturday, June 18, 2016

Makan western la hari ni

Assalamualaikummmm..
Hari ni lepas sahur rasa teringin nak makan cheesy wedges...
Hah. Ni boleh la buat kat Mesir pastu jual.hehe.
#caghiduiknokngaji
Sebenarnya takde la nak makan sangat.. cuma teringat misi kami #100resepitanahair

Ni for cheese untuk makan dengan wedges
CHEEZY WEDGES ALA KFC
BAHAN2NYA
4sudu besar butter
250ml susu cair @susu segar
1sudu makan tepung gandum
¼kiub pati ayam
6keping cheese
Sedikit blackpepper dan whitepeoper
Pewarna kuning
CARA2NYA
MASAK DALAM PERIUK GUNA API PERLAHAN
Panaskan butter
Masukkan susu
Masung tepung -kacau selalu
Masukkan bahan2 lain dan kacau sebati

Hehe. Ni garlic bread makan dengan mushroom soup..
Memang agak kebaratan la today's recipe..
HOMEMADE GARLIC BREAD
1. Roti
2. 1buku salted butter
3. 4sudu teh bawang putih dicincang
4. 1sudu teh serbuk bawang putih
5. 2sudu kecil parsley- dicincang
6. ½sudu kecil minyak zaitun
7. 2sudu teh parmesan cheese
Cara2nya
1. Panaskan oven 400°C
2. Kacau semua bahan kecuali roti
3. Sapukan pada sebelah bahagian roti
4. Bakar 210°C 8minit hingga kekuningan

Hopefully boleh try buat ye😀😀😀😀...
Till we meet again...

Ps: harini nak belajar apam mekar... hohoho. Nanti share kat siniii
Pss: mushroom soup pulak yee

Friday, June 17, 2016

RUMAH SRI KENANGAN

Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu lagi di next entry... huhu..
Entry btn and daurah tu kita delay dulu eh.. benda seminggu duaminggu apa barang tulis satu entry😝😝😝😝

Hari ni dapat satu lagi pengalaman baru which is visiting an elders home. Namanya RUMAH SRI KENANGAN. Nama pon dah feeling habis. Huh

Harini kita buat iftar kat sana... Dalam 120 penghuni.. ada 40 orang penghuni je yang boleh puasa..

Bila sampai kat sana dalam pukul 6lebih... jumpa penyelia.. En Zul. Dan Pn Rosenani..
Bila masuk ke asrama perempuan tu..rasa sayu sangat, takut sangat, sedih sangat...Sampai rasanya tak sanggup nak masuk dalam asrama... Macam ni ke rasanya bila ibu bapa ditinggalkan. Dijaga JKM... Ya Allah... rasa sedih sangat..

Kat sana ada macam2 jenis orang. Ada yg banyak cakap, ada yang sensitif. Ada yang suka duduk sensorang aje...


Di sana.. ada ramai pegawai JKM dan nurse2....
Renungan kita bersama... ada seorang penghuni tu, anak 10 orang.. bila JKM call suruh datang ambik mak dorang.... semua tanak datang ambik.
Sedangkan.. mak bapak kita jaga kita paling kurang 20 tahun. Kalau kahwin umur 30.. 30 tahun hidup dengan mak bapak😭😭..

Bayangkan. Kat sana, hanya ada seorang pakcik yang paling boleh diharap. Dalam kata lain, yg paling sihat, yang paling waras...


Setakat tu saja entry kali ni...

Harapnya diberi peluang utk pergi lagi kesana....
Ameeen..

###katanya nak fly to Egypt 15july ni????
###ready mentally and physically la ye..

Friday, June 10, 2016

TANGGAL 3 JUN 2016

Finallyy.. i can drive cars with auto transmission......
First drive to Wakaf Baru.
And the rest is history.

Sekarang dah tak perlu runsing lagiii.
Cars.

Manual or Automatic.
Choose.
Both can do.

Kek Gula Hangus Nyum Nyum

Alhamdulillah...
Hari ni diberi peluang utk blog-sharing

Iffah ni suka cakap belit2 lah.. Haritu cakap nak buat reviews for BTN Lipis. Ni bukan BTN je.. Daurah mukatssafah pon tak publish lagi ni..😒😒😒

Back to the title... hari ni nak buat
Kek Gula Hangus
Kek Sarang Semut
Kek Span

Hahaha. beza nama je...

Okayyyhhh ... Salin tau...

BAHAN-BAHAN

Bahan A
2cawan gula pasir
2cawan air panas
3sudu besar planta/marjerin

Bahan B
6biji telur (pukul sampai kembang)
1cawan susu pekat
Sedikit esen vanila
2cawan gandum
1sudu teh baking powder
2sudu teh soda bikarbonat

CARA2NYA

Bahan A
1. Panaskan gula pasir dengan api perlahan(tanpa air)
2. Apabila dah bertukar warna kpd brown,tutup api dan masukkan air panas sedikit demi sedikit.
3. Kacau hingga sebati dan masukkan marjerin/planta.
4. Biarkan sejuk.

Bahan B
5. Dalam bekas yang lain, pukul telur sehingga kembang.
6. Masukkan bahan2 lain seperti susu pekat, esen vanila, gandum, baking powder dan soda bikarbonat.

7. Campurkan bahan A dan B (blend pon boleh)
8. Peram adunan selama ½ jam..

9. Masukkan dalam loyang dan tekan function STEAM 28X (steam 28 minit)..

ok kek dah siap... yeayyy
Sebenarnya dapat this recipe from PDD Kak Mastura time weekly meeting di Wakaf Baru.. and this cake is the most delicious recipe i had tried...

I hope that i can make this in Egypt..
Haha... senang kan semua dah masuk blog ni...

Till we meet again. Assalamualaikum..