Saturday, April 29, 2017

Familia De Paya Permai

Assalamualaikum w.b.t.

Memori bersama menggamit memori...

Ketika berjauhan
Masih kurasa
Hangat kasihmu Ayah
Betapa ku rindukan
Redup wajahmu hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Ia selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan..

Ibu
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian..

Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah..

Baru2 ni ummi ada hantar gambar... Dinner dgn adik2 batch 2016 MAIP..

Ahmad dan Baba.. Besar dah Ahmad.. First of May ni he will turn 3.

Ummi bersama Ustz Zaimah dan ustazah 2 orang lagi tu tak ingat nama. Hurhur.
Dan tak dilupakan Ariff in the housee.

Ahmad, Baba dan Ameen.. Tiga sekawan yang masih setia menemani Ummi

Motive of this one sebenarnya Widad at the back! How come dah takde gambar Widad  ni... Dah dipesannya siap2, gambar tak bertudung tak boleh upload...
Widad is the big -with capital B- sister in the house..
Kakak will remember one and each of you!
Fighting Imtihan Kakak!!!
I hope that my first year in Egypt will remain as the best memory in my life..

Friday, April 28, 2017

💕💕 BULATAN CINTA 💕💕

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah hari ni dapat juga type utk next entry..

Today's entry is about BC... It is supposed to be Usrah macam kat sekolah dulu2..
Tapi di sini term 'usrah' itu sensitif.. Kerana ianya akan dikaitkan dengan beberapa isu panas negara ini.
And the acronym BC sebenarnya nama liqa' kamii..
So we will just refer it as MB (Muzakarah Berkelompok).
Hari ni kami semua MB Tahap 1 Batch 16/17 ber-MB Gabungan..

Gambar2 kami abadikan di sini... utk kenangan...
KELUARGA PELAJAR KELANTAN MESIR (KPKM)
#BERSAMA BERSATU
#KELUARGAKUKEKUATANKU

Hadiqah Dauli yang sememangnya memberi kenangan kepada semua penuntut ilmu di Mesir.

Masih di Hadiqah Dauli.
2017: Tiket bayarannya 5LE

Perjalanan pulang ke WSMV.
Bersama Nusaibah..

3 rukun Usrah yang perlu diterapkan dalam diri Mahasiswa Islam:
1. Taaruf
2. Tafahum
3. Takaful

Selepas pulang MB ni.. battery macam bukan sahaja re-charge, tetapi macam baru tukar battery yang baru 💪💪.

Teruskan berjuang untuk ilmu, agama dan akhirat.

Perjuangan akan diteruskan. Tapi kali ini saya dah tak keseorangan!
Carilah kholilah (pendamping) dalam menuju Mardhatillah.

ٱﻷَْﺧِﻼَّٓءُ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍۭ ﺑَﻌْﻀُﻬُﻢْ ﻟِﺒَﻌْﺾٍ ﻋَﺪُﻭٌّ ﺇِﻻَّ ٱﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦ
67. Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).[Az-Zukhruf]

Nantikan esok dan lusa next entry!!

Thursday, April 06, 2017

Kelahiran Adik Ariff

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. pada 18 Februari 2017 .. telah lahir seorang mujahid Islam yang diberi nama Ariff bin Zulkifli.
Wallpaper kakak. Gambar Ariff dan Ahmad menggantikan wallpaper sebelum ini. Gambar Raya diganti dengan Gambar Kesayangan Kakak 2 orang ini..

Meskipun kakak tak menyaksikan proses pembesaran Ariff dan Ahmad. Namun semua tetap di ingatan.

Telah lahir juga Afeena.
Telah lahir juga anak Mok Ning..
26 Mac 2017 anak Pak Muda.
30 Mac 2017 anak Ayah Su.
Namanya Ahmad Adam Lutfi bin Ahmad Nalzaini.

Dengan ini.
Cucu Hj Husain.
9+7+4+4+4+6+4+1=39

Dengan ini.
Cicit Mok Tok.
Cucu Zahari.
9+3+5+1=18

Umat Saidina Muhammad semakin bertambah.
Kuatlah kakak demi Ummi Baba dan Adik-Adik.

Kuatlah Kakak!!

Wednesday, April 05, 2017

Sayang Ummi, Sayang Baba, Sayang Semua...

5 April 2017

Harini dapat kiriman dr Ummi..
Ummi tak pernah tak ingat akan anak daranya....

Ummi kirim barang sesuai dgn kehendak anaknya..

Baba juga... Di sebalik Ummi ada Baba...
Ummi tak pernah sendirian. Ada Baba yang mendukung.

Kata2 nasihat dan doa Ummi, Iffah akan ingat sentiasa..

Baba pula... tiada balasan WhatsApp tidak bermakna Baba tidak mendoakan..

Baba sibuk.. Anakmu ini mengerti.. Terkadang baba baca WhatsApp, tetapi tak sempat reply..
Gambar Ziarah ke مصر القديمة

Adik2 pula di rumah.. mengharapkan kejayaan kakak.
Sentiasa berdoa untuk kakak yang jauh dari benua Asia..

Ammar sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Izzah sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Arwaa sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Widad sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Ameen sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Ahmad sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.
Ariff sentiasa mendoakan kakak.. Kakak tahu.

Kakak takkan pernah lupa akan adik2 kakak... Kakak akan berusaha sehabis mungkin. Demi segulung kejayaan.

Kiriman Ummi... yang dinanti..


Kalam Nasihat Ummi:
[4/2, 1:53 AM] Ummi: Ummi ni doa sokmo bia iffah seronok blajar sana,rajin ngapa,semangat pun kuat,najah sokmo...bia adik2 pun boleh ikut jejak iffah...adik2 akan ummi baba ata g mesir belako ni...in sha Allah
[4/2, 1:54 AM] Ummi: Ummi juga sokmo doa bia iffah sihat dan selamat sepanjang berada diperantauan ni
[4/2, 1:58 AM] Ummi: Satu lg...ummi harap sgt iffah dpt kutip ilmu selain drp dlm kuliah...krn ianya sgt berharga...musim cuti tu guna lah dgn sebaik mungkin....rebutlah peluang yg baik itu....bagi org yg balik bercuti dimsia mrk tidak dpt apa2 pun...rugi sajo kalu balik....bukan ummi x sir v iffah balik bercuti....hanya sekadar buat perbandingan...
[4/2, 2:00 AM] Ummi: Ada rezeki boleh balik la....bukan tahun ni pun...ummi dulu x pernah balik....baba 7 tahun baru balik....

Ada rezeki. In sha Allah aku akan pulang. Namun aku berjanji.. Kepulanganku haruslah menjadi sebuah kepulangan yang dinanti. Bukan yang dibenci.
اللهم اغفرلنا ولوالدينا ولإخواننا ولأخواتنا وارحمهم كما ربيانا صغارا

Gambar Majlis Sambutan Mahasiswa Baru 2017/2018