Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah diberi ilham oleh Nya untuk menulis buat pertama kali!
Jujur.. Sebenarnya blog ini diwujudkan untuk sekadar mengisi perasaan yang kosong.Perasaan untuk punyai blog dan berblog serta mempunyai satu medan berbicara itu, wujudnya telah sekian lama.Cuma baru hari ini berpeluang mendapatkannya.
Moga dengan wujudnya blog ini.. Blog-hopping mampu aku realisasikan seterusnya menjumpai blog lain yang boleh aku dapatkan infonya untuk pengislahan diriku ini.
Mungkin juga menjadi catatan travelog hidupku.. Semasa belajar di peringkat Degree. Dan seterusnya.
Mungkin juga menjadi catatan hidupku tentang rasa dan perasaan dan cinta.
Mungkin juga menjadi tempat ku abadikan segala jenis masakan dan makanan yang menjadi santapan harian.
Mungkin juga menjadi medan meluahkan ketidakpuasan hati dan perasaan dan emosi.
Mungkin menjadi 'tempat' melunaskan rindu bagi mereka yang tersayang.Mungkin menjadi sahabat baikku.
Walaupun tiada yang menjenguk dan membaca.. Namun aku pasti meneruskan minatku yang satu ini!
Semua orang bermula dari kosong. Kemudian meningkat kepada dua. Dan akhirnya menjadi apa yang disebutkan sebagai infiniti.
Walau ada mulut lain yang mengata. Walau ada mata lain yang menjeling. Pasti kuteruskan hal yang satu ini.
Akhir kalam...
Rindu itu pasti
Mungkin terkadang kita khilaf dalam mentafsirkannya
Namun yakinlah
Silapkah kita?
Atau benarkah kita?
Natijahnya sentiasa yang terbaik buat kita
Nyata bahawa Dia tidak pernah silap membuat percaturan untuk kita
Rindu itu pasti
Rindulah pada mereka yang berhak mendapatkannya
Mengapa bersusah payah merindukan akan sesuatu yang fana
Sedangkan yang di depan mata sudah terbentang luas menanti
Rindu itu pasti
Maka tentukanlah!
Kepada siapa perasaan itu
Dan mengapa wujudnya perasaan itu
Rindu itu pasti
Moga kita merindui akan hal yang benar
Moga dijauhi daripada merindui perkara yang akan menjauh dari kita bak debu yang berterbangan
MUTIARA KATA BUAT ENTRY PERTAMA :
''قل الحق ولو كان مرا''
Berkatalah akan kebenaran walupun hakikatnya pahit
Moga sentiasa berada dalam lindunganNya. Aaameen.
Ps:Beberapa hari ini terusik dengan kisah sahabatku yang kahwin muda...
No comments:
Post a Comment